Bahaya Merokok

"Sejak saya baca artikel tentang bahayanya merokok, saya berhenti MEMBACA!"

 photo lawakrokok_zps902c9868.jpg


Maharaja Lawak Minggu Kelapan - R2 Kembali Beraksi




Seperti yang kami jangka, R2 telah diundi masuk untuk gelanggang Maharaja Lawak minggu kelapan ini. Undian R2 jauh meninggalkan pesaing terdekatnya Alex dan sangat-sangat jauh meninggalkan Si Amir Budak Kelantan. TAHNIAH R2 semoga berjaya beraksi di gelanggang akhir Maharaja Lawak.





Hahaha~ Amir kena lagi. Lawak urban Nabil membuatkan dia tercampak ke bottom three untuk minggu ke-8 ini.





JAMBU kurang best la. Tak berapa pecah perut. Huhuhu~





R2; TERBAIKKKKKK minggu ke-8. Pecah-Perut! Memang tak rugi undi masuk R2 kan?





Lawak bius JOZAN memang cukup menjadi sampaikan juri Mamat Khalid turut dibius sama. Hahaha~





Persembahan terakhir Man...





Lawak yang cukup sesuai untuk makcik-makcik. Cayalah SEPAH. Cukup gelak ketawanya.





Boleh di kategorikan sebagai lawak budak sekolah 18SX.





Seperti yang kami dan Man jangka, malam ini malam penyingkiran Man. Tahniah buat Man kerana bertahan sampai ke minggu kelapan. Minggu ke-9 mungkin menjanjikan sesuatu yang lebih pecah-perut dengan kehadiran pelawak-pelawak profesional. Tak percaya tengok la nanti.









Maharaja Lawak Minggu Ketujuh - Akhirnya Amir Tewas Juga




Akhirnya Maharaja Lawak sudah sampai ke minggu yang ketujuh dan seperti yang diketahui, tema untuk minggu ketujuh ini silent comedy ataupun komedi bisu. Kira nak tiru ala-ala stail Mr. Bean la nih. Setelah seminggu menghilang, Abg. Mamat Khalid kembali memanaskan kerusi juri Maharaja Lawak.

Antara persembahan yang best untuk minggu tema silent comedy.





Persembahan terakhir Amir di gelanggang Maharaja Lawak. Alhamdulilah, Abg. Mamamt Khalid sangat-sangat memahami Amir.





BALAS; oklah...





Persembahan terbagus untuk minggu silent comedy ini. Tapi gua lagi suke JOZAN.





Kesian Nabil. Serba tak jadi jenakanya.





Untuk tema silent comedy Maharaja Lawak, persembahan JOZAN memang cukup sempurna sekali, tetapi gelak banyak-banyak kali. TAHNIAH!





Lawak Man boleh dikatakan kurang berjaya selepas Amir untuk tema silent comedy kali ini. Juri Mamat Khalid menyifatkan jenaka Man standard budak sekolah menengah jer. Fuhhh...P.E.D.I.H!





Untuk julung-julung kalinya Maharaja Lawak membenarkan para pesertanya mengundi keluar peserta lain yang menjadi saingan terkuat mereka ataupun mengundi keluar peserta yang tidak mereka gemari. At the end of the day, korang tau kan sape yang disingkirkan pada minggu ketujuh nie.

Jangan lupa undi masuk R2 untuk minggu kelapan Maharaja Lawak ehh.








Maharaja Lawak Minggu Keenam - Juri Mamat Khalid Tersingkir?

Pada minggu ke-6 ini, sesuatu yang aneh lagi menggemparkan telah berlaku di gelanggang Maharaja Lawak. Apakah 'dia nya'? Sebelum tu, layan dulu persembahan pembukaan daripada peserta Maharaja Lawak iaitu BALAS. Jom!



Korang perasan tak? Tiba-tiba juri Ahmad Idham menjadi juri pertama yang mengkritik persembahan peserta Maharaja Lawak. Ke mana perginya abang Mamat Khalid? Adakah beliau disingkirkan daripada menjadi juri Maharaja Lawak setelah lima minggu bersama-sama program tersebut?

Lawak rumah urut oleh Jozan gelak tawanya cuma berskala sederhana tetapi tetap sempoi!



Amir ----> B.O.S.A.N




Starting jer Nabil 'bahankan' Si Amir. Nampak macam melepaskan dendam kesumat jer. Hahaha~





Man memang cukup kreatif dalam meniru pelbagai karektor selebriti dalam jenakanya. Juri Ahmad Idham sangat-sangat memuji Man pada minggu ke-6 ini.




Mengikut jemaah juri Maharaja Lawak, ini adalah persembahan terbaik untuk minggu ke-6 ini. Alasan yang diberikan oleh Ahmad Idham, "Lawak Jambu tak banyak dialog tapi kita masih lagi boleh ketawa sampai pecah perut." Pada gua, biasa-biasa jer...




SEPAH memang tidak mengecewakan! Ikhlas, gua lagi suka lawak SEPAH berbanding JAMBU  :D





Lebih kurang macam tulah gelanggang Maharaja Lawak untuk minggu ke-6 ini. Tiada penyingkiran walaupun Amir antara peserta bottom three. Hahaha~ Minggu hadapan iaitu minggu ke-7 silent comedy menjadi tema utamanya dan yang paling best, para peserta Maharaja Lawak boleh mengundi keluar peserta lain yang menjadi pesaing terkuat mereka pada minggu ke-7 ini. Adakah Amir akan tersingkir?