Dah Sampai Ipoh Ke Belum?
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.
Ibu itu berpesan pada pemandu bas;
"Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh...cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, Si Kecil ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya;
"Sudah sampai Ipoh belum?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab;
"Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi Si Anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata,
"Belum! Tidur aje la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pakcik kejutkan kamu ya..!"
Suara Si Anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di dalam bas lupa pada budak kecil itu dan sehingga sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar. Si Kecil masih tidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa mengejutkan si anak. Lalu dia bertanya kepada para penumpang;
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. Bagaimana ni..? Perlukan kita hantar semula anak ini?"
Para penumpang juga berasa bersalah kerana turut melupakan Si Kecil dan setuju menghantar budak itu kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh. Sesampai di Ipoh... Si Anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" Kata pemandu bas itu dengan sopan.
Si anak bangun dan berkata;
"Oh, dah sampai ya!" Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan bekal nasi bungkusnya.
Seluruh penumpang kehairanan.
"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" Tanya pemandu kebingungan.
"Taklah.. mama saya pesan.. kalau dah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni..." balas anak kecil itu dengan mulutnya penuh dengan nasi.

No comments:
Post a Comment