Psssttttt!

Sebuah kisah benar yang telah berlaku dan tidak dapat dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesannya, hati-hatilah apabila masuk ke dalam tandas dan pandang sekeliling supaya anda tidak mengalami apa yang beliau telah rasakan...

Malam itu, malam Jumaat (Klise sangat! Asal cerita seram jerk, mesti malam Jumaat lah!). Kebanyakkan anggota polis dan detektif, semua telah pulang ke rumah. Ada yang keluar makan, dan ada pula melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat bersarangkan jenayah.

Aku baru sahaja pulang dari rumah mayat SGH untuk mengenal pasti mayat Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang tujuh hari yang lalu.

Memang betul itulah dia. Ini semua berdasarkan gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya semasa melaporkan kehilangan mangsa kelmarin.

Badanku berlengas dengan peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, Aku mencapai tuala dan sabun. Selepas menukar kasut, terus Aku menuju ke arah bilik mandi.



Jam di dinding menunjukkan pukul 12:22 tengah malam.

"Apalah nasibku ini...." Aku sedikit mengeluh.

Baru semalam shif pagi, dan sepatutnya hari ini hari cuti Aku. Tetapi Sarjan Hilal terpaksa mengambil emegency leave kerana bapanya sakit teruk.

Tak mengapalah....hari ni, hari dia. Besok-besok mungkin hariku pula.

Sampai di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air itu kosong, kerana hanya 3 orang sahaja yang bertugas malam itu. Kedua-dua rakan sekerjaku keluar bertugas kerana ada satu kes bunuh telah berlaku di suatu lokasi yang Aku sendiri kurang pasti.

Aku melucutkan pakaian dan terus membuka air panas. Air suam itu kubiarkan membasahi seluruh rambut dan badanku.



Tiba-tiba, Aku terdengar bunyi yang aneh;

"Pssssttttt."

Pada mulanya Aku fikir salah seorang daripada rakanku telah pulang ke stesyen dan ada di dalam kamar mandi. Aku pun memekik;

"Bala, kau ke itu ?!" Tetapi tiada jawapan.

Aku tidak mengendahkannya lalu terus menggosok sabun ke seluruh badan. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi itu kedengaran lagi;

" Psssssssttttt....."

Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Degup jantungku menjadi pantas dan perasaan takut mula menyelubungi diriku. Aku pun bergegas membersihkan sisa sabun yang masih melekat di tubuh. Lantas Aku mencapai tuala dan cepat-cepat kulap seluruh tubuhku itu. Setelah menyarung seluar, Aku mencapai baju dan bergegas membuka pintu.



Tiba-tiba, di depan mukaku, bunyi itu bergema lagi. Kali ini lebih jelas kedengaran bunyinya. Aku yakin 'makhluk' itu berada tepat di atas kepalaku!!

"PSSSSTTTTTT....................", dan bau wangi mengikutinya.

Aku terpacak di situ dan tidak bergerak-gerak lagi. Aku memberanikan diri untuk memandang ke atas.....


PERHATIAN!!!

Pada sesiapa yang lemah ataupun tak kuat semangat, harap hentikan pembacaan anda sampai di sini SAHAJA! Diingatkan sekali lagi, kisah ngeri ini BENAR-BENAR BERLAKU!

( Sila scroll ke bawah)























"Celaka punya perfume dispenser! Buat suspends Aku jer..................."







No comments: