Petua Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yang besar...16 adik-beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!

Dalam ramai adik-beradik, bukan semua yang suka stail aku. Apabila aku bawa cara hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"... maka adalah yang tak kena sana sini.

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi (rujuk ustaz) lalu ada yang sound;

"Apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"Tak baik lutut lagi tinggi daripada makanan...."



" Ni duduk ke....nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen. Lalu aku pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua-dua tangan dan berkumur, Insya-Allah jika korang amalkan, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang-piutang korang. Hutang kereta / rumah/ kahwin / study/ along & yang sewaktu dengannya.

Sambung balik, aku pun berfikir...ada baiknya juga Nabi tak makan guna sudu atau garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak orang miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Yalah, nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper?

Biasa korang belajar doa makan macam nie;



"Allahummabariklana....." (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer;

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi). Kemudian, ada pulak suara-suara aneh yang sound;

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari??? "



Aku kata;

"Huh, anak Cina makan dengan dua kayu elok habis nasi satu MANGKUK!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan 3 jari, orang lain makan dengan 5 jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk, diorang lebih laju dan maju. Maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh..tepuk dada tanya iman!

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh. Diorang tegur;

"Eessh..pengotor betullah"



Aku kata;

"Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahi!" Tapi aku kata dalam hati la sebab aku kan lelaki beriman.

"Ni, apahal jilat-jilat jari ni? Lucah betul!!" Komplen dorang lagi.

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....Makan sate sedap sampai ke lidi! He! He! Heh!" Balasku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..eerrrr maksud aku cara Nabi makan. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya;



"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?" Abang aku kata;

"Sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..."

Aku kata;

"Salah! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar la..." (Tak lawak kan? Wahahahaha)

Aku menyambung;



"Penting makan cara Nabi sebab kita hari-hari makan. Tapi bila tak ikut sunnah, maka jadilah macam lembu dan kambing makan! Tapi bila kita makan macam Nabi s.a.w, maka itu dikira ibadat. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang. Hakikatnya kenyang datang daripada kudrat Allah."

Tiba-tiba mak aku tercekik tulang ikan. (Bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan macam-macamlah! Tapi masih tak berjaya..

Kesian mak aku....


"Huh, Hamka! Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer...." Kata abang aku.



Aku kata;

"Senang sangat! Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.... " Arahku dengan wajah yang serius.

Mak akupun buat...Tapi masih tak jadi.

Aku kata;

"Lurus Mak....tangan Mak dua-dua kena lurus.!!!"



Bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi. Manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas.

Aku kata;

"Sekarang sebut; SUPERMAN RETURN!!!!!! "

"HA! HA! HA! HA! HA!"

Semua orang ketawa. Nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa. Sehingga tulang yang tercekik tu terkeluar semuanya!

Wahahahaha! Selamat mencuba. Ini bukan hadith....cuma satu pengalaman manis.








P/S: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!




Thanks Ashrufzz





No comments: