Budi Bahasa LRT



Seorang gadis ayu berusia 19 tahun berpakaian ala eksekutif muda, menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul-betul di hadapan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa-apa, gadis comel seperti penyanyi Rossa itu menolak pemuda tersebut dengan lembut kembali ke tempat duduknya sambil berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri."

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit 'angin' kerana ditolak oleh gadis itu walaupun dengan cara yang sopan. Pemuda itu berdiri semula. Tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain-lain penumpang,

"Tak apa, tak payah susah-susah....saya lebih suka berdiri."

Tanpa rasa putus asa, pemuda bangun untuk kali yang ketiga sambil menjerit;

"Woiii, Cik kak!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau?! Apa punya perasanlah dia ni!!!






No comments: