Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Bella dan Pak Richie mempunyai 4 orang anak gadis iaitu Sally, Hanny, Murny dan Surry. Bila cukup jer umur baligh mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak mereka serentak bagi menjimatkan kos.


Selepas selamat diijabkabulkan, kempat-empat pasang pengantin baru tue pun bercadang untuk pergi berbulan madu. Sally honeymoon ke Pulau Langkawi, Hanny ke Pulau Tioman, Murny ke Pulau Kapas dan Surry ke Pulau Pangkor.


Sebelum berangkat Mak Bella dan Pak Richie berpesan,


"Nanti jangan lupa hantar berita pada mama dan papa.
Ceritakan macam mana keseronokkan honeymoon korang. Tak payah tulis panjang-panjang. Guna kod iklan saja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat."

Seminggu lepas tu depa terimalah surat daripada Sally yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari-carilah kedua suami isteri nie akan iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le dowang membaca iklan yang bertulis;



"Besar, teguh dan peramah". Bahagialah Si Sally rupanya.


Esoknya terima pula surat Hanny yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi kedua-duanya membaca iklan;


"Nikmatya hingga ke titisan yang terakhir." Enjoy Si Hanny tue!


Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murny bertulis 'KFC'.  Iklan KFC menyatakan;


"Hingga Menjilat Jari!" Mak Bella tersengih kambing sambil menjeling-jeling ke arah Pak Richie.


Seminggu berlalu, namun tiada surat dari Surry, Mak Bella dan Pak Richie dah risau. Dua Minggu tak ada juga. Masuk minggu ke tiga baru sampai surat daripada Surry dengan isi kandungannya "AIR ASIA". Bergegas ler Mak Bella mencari-cari iklan penerbangan tersebut sebab tak sabar nak tau apa yang dah jadi kat anak bongsunya itu.


Bila dibaca, Mak Bella dan Pak Richie terkulat-kulat tak tau nak senyum atau menangis. Apa motto iklan itu ???




"7 KALI SEMINGGU...3 JAM SEKALI...TANPA HENTI”





1 comment:

Amelia said...

hahaha..siot jer