Tipah Tertipu



Ada satu malam tu Tipah terpaksa balik dari kelas tuisyennya dengan menaiki bas. 

"Leceh betul, dah la ngantuk!" Rungut hati kecil Tpah



Biasanye pakwe Tipah, Tapa anak tokey cili boh  yang jemput tapi Tapa ada hal pulak hari tu (anak supplier cili masuk wad kena selsema babi). So dengan perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop berhampiran. Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. Orang lain takde dah.



Tipah sengsorang ajer. Takut gak tau! Eeee...seramnya!


Tunggu punyer tunggu, punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye. Yang penting nak cepat sampai rumah. Tipah pun tahan ler bas tu tapi ntah nape bas tak nak berenti la pulak. Tipah nekad. Tanpa memikirkan pro and contra terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.


Yang peliknya, ngaper lampu lampu bas baik luar dan dalam tak nyaler? Nak jimat bil api ke? Tipah mula suspens. Atinya mula dilanda ketakutan. Cemas!



Tipah peratikan takde penumpang lain, terus dia dok kat kerusi blakang sekali. Lepas dah duduk tu, laaa... baru Tipah perasan yang bas tu bergerak sendri tanpa drebarnya! Alamak, konduktor pun takde gak la! Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan Tipah only. Apalagi tanpa membuang masa Tipah rasa seram sejuk ler.



Dalam masa yang sama, Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat seperti bunyi kerbau jantan pencen nak putus nyawa. Menyaspenkan sungguh jiwa dan raga Tipah di kala ini. Matanya mula liar memerhatikan seluruh perut bas. Nak lari takleh da. Punggung Tipah bagaikan telekat bak digam cap gajah di bangku bas.


Adakah bas ni dibawa oleh han...??? Adakah drebar bas mati dibunuh lalu menjadi hantu? Adakah konduktor bas pun menerima nasib yang sama? Atau adakah bas ini dulunya eksiden lalu meragut nyawa semua penumpangnya. Adakah penumpangnye turut menjadi han.... 

Aarrrghhhhhh!!! Seramnye! Ngerinye! Takutnye! Sadisnye! Kejamnya!


"To...tolong! Tolong! Toolllooonnngggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.


"Wei! Wei! Wei! Apsal terpekik-pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.


Alahaiii....suare sapa pulak tu ?

Selepas menarik nafas panjang, Tipah memberanikan diri menoleh. 

Ceh! Ropa-ropanyer drebar sama konduktor tengah tolak bas tu la. Enjinnya rosak. Patut la slow aje. Patot pun takde drebar ngan konduktornyer. Patot sangat laaa pun..... 

Tipah rasa tertipu! Tipah Tertipu!



Hee...heee....hheeeehhhhh... malu Tipah tau!


 

1 comment:

orangkasai said...

aku ceduk lawak ni, untuk blog aku.