Yus Raja Lawak Astro


Ramai yang bajet kalo tak Zizan, Johan yang jadi Raja Lawak Astro buat julung-julung kalinya. Tapi gelanggang final pada 11-03-2007 (Sabtu) yang disiarkan secara langsung melalui canel Astro Ria ternyata mengejutkan.


Lima finalist iaitu Angah, Johan, Tauke, Yus dan Zizan secara puratanya gagal mempamerkan bakat sebenar pada pusingan pertama. Untuk pengetahuan, gelanggang final pada malam itu mewajibkan setiap peserta melakukan 2 sketsa jenaka yang temanya terpulanglah kepada kreativiti peserta itu sendiri.



Setelah tamat gelanggang pada malam itu, Yussry Edoo akhirnya dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro. Walaupun digelar 'badut' oleh Aziz M. Osman selaku pengkritik pada persembahan yang pertama, namun Yus yang berusia 30 tahun ini nyata tidak mudah give-up. Bangkit dengan cerita jenaka yang betul-betul power pada pusingan kedua, akhirnya gelaran Raja Lawak Astro menjadi hak mutlak Yus.

Eh, banyak plak aku taip nih! Terasa macam wartawan lak. Wahahahahahahahah! Takpe, korang layan dulu persembahan Raja Lawak Astro kita ni.





Camane? Layak kan Yus digelar Raja Lawak!