Maharaja Lawak Minggu Kelima - Sudah Hilang Serinya



Seperti minggu keempat, Maharaja Lawak minggu kelima masih lagi memberi kebebasan kepada para peserta untuk membawa pelbagai jenis topik dalam persembahan mereka. Untuk minggu ini Maharaja Lawak bersiaran secara langsung cuma satu jam setengah sahaja sama seperti minggu lalu juga. Untuk persembahan pertama, Man membawa watak sebagai bomoh seru untuk dipersembahkan di dalam gelanggang minggu kelima ini.




Nabil dengan jenaka Detektif Conan boleh dikatakan menjadi cuma tak berapa nak ketawa la.





Membawa kembali watak Hantu Makcik Karipap, Balas memang sempoi dengan lawak double meaning yang cukup menjadi. Gua paling suka nie; ABS - Abang Brek Sendiri. Pecah perut beb!





Komen Mamat Khalid : Lawak Jambu, lawak untuk golongan dewasa.




Kecewa dengan Jihan. Tak menjadi la lawaknya.





Banyak sangat lawak recycle. Sepah lawaknya tak berapa pecah perut la.





Selagi Amir disokong sepenuh hati oleh rakyat negeri Kelantan, memang hampir mustahil la Amir akan disingkirkan daripada Maharaja Lawak ni. Tapi sejak dari minggu pertama hingga ke minggu kelima memang jelas Amir ada banyak peningkatan. Komen ikhlas nie.





Jenaka Jozan yang memang sangat-sangat P.E.C.A.H  P.E.R.U.T





Ucapan penyingkirannya lebih lawak daripada persembahan dia sekejap tadi. Lagi bagus dia buat lawak pasal dia tersingkir jer sure dia tak disingkirkan oleh Mamat Khalid. Hahaha~






No comments: