Maharaja Lawak Minggu Pertama - Jozan Dikritik Hebat

Seperti yang diduga, rancangan Maharaja Lawak terbitan astro menjadi kegilaan terbaru pelanggan-pelanggan stesen tv berbayar tersebut. Buat pertama kalinya gelanggang Maharaja Lawak ke udara pada 1 April 2011 tepat jam 10 malam, Maharaja Lawak dikemudikan oleh hos versatile AC Mizal.

Secara ringkas, Maharaja Lawak menghimpunkan finalis-finalis program realiti Raja Lawak dari musim pertama sehingga ke musim kelima. Antara peserta-peserta tersebut ialah;

1. Kumpulan Jambu - dianggotai oleh Yus (juara Raja Lawak musim pertama) & Tauke (pemenang tempat keempat Raja Lawak musim pertama).



2. Man - Juara Raja Lawak musim kelima.


3. Kumpulan XN3 - dianggotai oleh Anu & Pakchu. Mereka merupakan pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga).


4. Amir - Tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga.


5. Kumpulan R2 - Naib johan Raja Lawak musim kelima.


6. Alex - Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim keempat.


7. Kumpulan Jozan - Dianggotai oleh Johan & Zizan finalis Raja Lawak musim pertama.


8. Kumpulan WAI - Dianggotai oleh juara Raja Lawak musim keempat Kumpulan Kechik & naib johannya iaitu Idlan.


9. Jihan - Satu-satunya 'bunga' dikalangan peserta Maharaja Lawak. Jihan merupakan naib johan Raja Lawak musim ketiga.


10. Kumpulan Sepah - Juara Raja Lawak musim ketiga.


11. Kumpulan Balas - Tempat ketiga Raja Lawak musim kelima


12. Nabil - Juara Raja Lawak musim pertama.


Format yang berbeza berbanding Raja Lawak, kesemua 12 peserta hanya layak mendapat 50% undian daripada penonton menerusi SMS manakala selebihnya ditentukan oleh juri tetap Maharaja Lawak. Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek merupakan juri yang bertanggungjawab dan mereka mempunyai imuniti bagi menyelamatkan mana-mana peserta yang terkeluar daripada gelanggang.

Bertempat di Sudio Finas, Hulu Klang peserta Maharaja Lawak yang berentap merebut hadiah secara keseluruhan bernilai RM 300 ribu. Untuk minggu pertama seperti biasa tiada peserta yang terkeluar dari gelanggang tetapi Amir, Jihan dan XN3 menduduki tiga tempat tercorot.

No comments: