Mata

Udin cukup kagum dengan kepakaran seorang penembak tepat ataupun sharp shooter. Lebih-lebih lagi penembak yang mampu menembak tepat ke sasaran dari jarah yang jauh.

Tapi Udin berasa hairan mengapa seseorang penembak itu perlu menutup sebelah mata sebelum mereka menembak. Bukankah dengan membuka kedua-dua belah mata, penglihatan akan menjadi luas dan tajam? Ini bermakna tembakan akan lebih tepat dan pasti mengenai sasaran.

Satu petang, sewaktu balik dari supermarket, Udin teserempak dengan Manoh. Kalau korang nak tahu, Manoh ni baru jer habis tranning kat Port Dickson. Menurut cerita Udin, Manoh teringin benar mahu menjadi seperti Sarjan Hassan. Sebab tu Manoh join Angkatan Tentera Di Raja Malaysia.

"Manoh!" Tegur Udin.

"Sihat." Balas Manoh.


"Aikk, aku tak tanya pun khabar lagi...kau dah bagi tahu dulu??" Kata Udin pula.

"Kau nak tanya apa ni?" Soal Manoh.

"Kau biasa menembak?" Soal Udin pula.

"Setakat M-16, barang mainan aku tu." Jawab Manoh dengan nada yang berlagak.

"Kenapa kau tutup sebelah mata bila menembak?" Akhirnya Udin meluahkan apa yang berserabut difikirannya selama ini.

"Kalau aku tutup dua-dua biji mata aku, macam mana aku nak tembak?" Manoh terus meninggalkan Udin yang masih termanggu-manggu.





No comments: