Maharaja Lawak Minggu Keenam - Juri Mamat Khalid Tersingkir?

Pada minggu ke-6 ini, sesuatu yang aneh lagi menggemparkan telah berlaku di gelanggang Maharaja Lawak. Apakah 'dia nya'? Sebelum tu, layan dulu persembahan pembukaan daripada peserta Maharaja Lawak iaitu BALAS. Jom!



Korang perasan tak? Tiba-tiba juri Ahmad Idham menjadi juri pertama yang mengkritik persembahan peserta Maharaja Lawak. Ke mana perginya abang Mamat Khalid? Adakah beliau disingkirkan daripada menjadi juri Maharaja Lawak setelah lima minggu bersama-sama program tersebut?

Lawak rumah urut oleh Jozan gelak tawanya cuma berskala sederhana tetapi tetap sempoi!



Amir ----> B.O.S.A.N




Starting jer Nabil 'bahankan' Si Amir. Nampak macam melepaskan dendam kesumat jer. Hahaha~





Man memang cukup kreatif dalam meniru pelbagai karektor selebriti dalam jenakanya. Juri Ahmad Idham sangat-sangat memuji Man pada minggu ke-6 ini.




Mengikut jemaah juri Maharaja Lawak, ini adalah persembahan terbaik untuk minggu ke-6 ini. Alasan yang diberikan oleh Ahmad Idham, "Lawak Jambu tak banyak dialog tapi kita masih lagi boleh ketawa sampai pecah perut." Pada gua, biasa-biasa jer...




SEPAH memang tidak mengecewakan! Ikhlas, gua lagi suka lawak SEPAH berbanding JAMBU  :D





Lebih kurang macam tulah gelanggang Maharaja Lawak untuk minggu ke-6 ini. Tiada penyingkiran walaupun Amir antara peserta bottom three. Hahaha~ Minggu hadapan iaitu minggu ke-7 silent comedy menjadi tema utamanya dan yang paling best, para peserta Maharaja Lawak boleh mengundi keluar peserta lain yang menjadi pesaing terkuat mereka pada minggu ke-7 ini. Adakah Amir akan tersingkir? 

No comments: