Kenapa Mati Hari Jumaat???


Kenapa Mati Hari Jumaat?

Ini kisahnya;

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap pagi hari Jumaat tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.



Perkara ini sangat membingungkan para doktor. Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Kemungkinan besar makhluk halus ada mendiami tempat tersebut.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar... pukul 8:00am.. 8:30am sehingga jam 9.00 am...

Tiba-tiba...

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut...dan terus mencabut....



soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan VACUUM CLEANER nya!!!



100%


Hari itu Mimi pulang daripada sekolah dengan girangnya. Sampai di rumah, dia terus mencari-cari ibunya.



Mimi : Ibu! Ibu! Mimi dapat 100%!

Ibu : Wah, pandainya anak ibu! Subjek apa yang 100% tu?

Mimi : BM 50%, BI 20% dan Matematik 30%... Mimi pandaikan Bu?

Apa respons ibu Mimi, KORANG agak sendiri la yea. Wahahahahahahaha.






Koleksi Yus Raja Lawak


Dah sebulan lebih Yus menang Raja Lawak la. Bagi seiapa yang rindu nak dengar lawak brader Yus ni macam Aku, post kali ni Aku blanje bukan dua, bukan tiga, tapi lima video kelakar daripada Yussry Edoo!






Yus Si Raja Ular






Gaya Seorang MC Kilang






Joper (Yus bergandingan bersama Tauke)





Jentera Semerah Padi




Puisi Si Hidung Belang






Camane? Puas hati?



Senario : Jejak Kasihan


SENARIO. Sape tak kenal kumpulan lawak nombor 1 Malaysia ni kan. Ingat lagi masa belajar kat UiTM Jengka dulu. Tepat kol 4.30pm hari Sabtu, penuh foyer hostel blok A dengan kawan-kawan. Sebabnya? Nak layan SENARIO la. Ahaks! Lepas tengok SENARIO, pakat ramai-ramai turun laks pasar malam kat Bandar Pusat Jengka! Wahahahahahahaha...





Keding-keding Azlee, Hamdan dan Ilya kan? Huhuhuhuhuhuhuhu...